KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.

SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL

0 comments
Salam dan selamat sejahtera semua....


Aku malas nak cakap banyak, oleh kerana aku nk post entry Tun M, tapi, ye lah kan, Tun M always dan always membangkang usaha Yahudi Laknatullah dalam sebarang usaha yang dilakukan oleh mereka. Jadi, mereka telah "block" url milik Tun M iaitu chedet.cc di facebook sebagai usaha untuk menghalang sebarang penulisan milik Tun dapat di sebarkan oleh orang ramai. Jadi, di bawah adalah entri yang dihasilkan oleh Tun berkenaan dengan kenyataan Anuar Ibrahim tentang isu keselamatan yahudi dan isreal.

__________________________________________________________________________

 SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL

 
1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Anwar merupakan percubaan untuk mengalih perhatian terhadap pendiriannya iaitu, “Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” (I support all efforts to protect the security of the State of Israel) kepada soal pengiktirafan negara itu.
2. Israel telah mengambil sikap bahawa untuk keselamatan negara, ia akan mengganas lebih daripada pengganas (out terrorise the terrorists). Sebab itu kita lihat tindakan Israel apabila menuduh pihak Palestin melaku keganasan kepadanya, ialah dengan serangan yang keterlaluan.
3. Demikian kerana kononnya Israel diserang oleh puak Palestin, Israel melancar serangan yang dahsyat supaya penduduk Jenin sebuah bandar kecil Palestin terbunuh beramai-ramai dan bangunan-bangunan diroboh semasa penduduk-penduduk masih ada dalam ruman dan bangunan. Penduduk Jenin yang terdiri daripada orang awam, lelaki, perempuan, tua dan muda termasuk kanak-kanak di bunuh. Ini adalah balasan Israel untuk kepentingan sekuritinya.


4. Demikian juga di Gaza. Demi sekuriti bagi Israel, tenteranya telah melanggar masuk Gaza, membunuh lebih daripada seribu orang Palestin, menghancurkan hospital, sekolah dan ruman-rumah kediaman. Bekalan air dan api di hancurkan. 5. Kemudian walaupun atas desakan masyarakat antarabangsa tentera Israel berundur, tetapi sekatan diadakan supaya tidak ada bekalan makan dan ubat-ubatan yang dapat masuk Gaza. Bangunan-bangunan yang telah roboh akibat bedilan tentera Israel tidak dapat dibaiki kerana bahan-bahan binaan dihalang oleh Israel daripada dibawa masuk Gaza.
6. Penduduk yang rumah mereka telah dimusnah terpaksa tinggal dalam khemah atau rumah yang tidak berbumbung atau dinding. Di musim sejuk mereka menggigil kesejukan. Yang tua dan anak kecil boleh mati kerana kesejukkan.
7. Walaupun sudah undur dari Gaza bedilan roket dan meriam diadakan hampir setiap hari.
8. Apabila Malaysia dan Turki membawa barangan makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan dengan kapal, tentera Israel menyerang kapal MV Marmara di perairan antarabangsa dan membunuh sembilan orang Turki yang tidak bersenjata.
9. Sekatan yang dibuat oleh Israel tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa. Sudah tentu serangan dan pembunuhan orang awam yang sedang mengerjakan kerja kebajikan adalah salah dari segi undang-undang antarabangsa. Namun Israel tidak sedikit pun mengaku bersalah dan Amerika menyokong Israel dengan pendirian dan perbuatannya.
10. Kenapakah semua ini dilakukan. Israel mendakwa bahawa mereka sedang mempertahan keselamatan atau sekuriti negara mereka.
11. Israel memasuk dalam tahanan beribu rakyat Palestin tanpa sebab dan tanpa bicara. Tujuannya ialah supaya jika seorang dari askar Israel ditawan oleh rakyat Palestin, maka Israel akan menebus rakyatnya dengan melepaskan 500 orang tahanan.
12. Israel tidak memperdulikan garisan sempadan yang ditentukan oleh masyarakat antarabangsa. Sebaliknya Israel menawan lebih banyak wilayah Palestin dan dengan angkuhnya mendiri perumahan bagi rakyatnya di wilayah Palestin. Jalan dibina dalam kawasan Palestin yang orang Palestin tidak dibenar menggunanya.
13. Tembok tinggi dibina yang membahagikan kawasan yang diduduki orang Palestin supaya mereka tidak dapat hidup bersama.
14. Apabila rakyat Palestin membantah dengan menunjuk perasaan, mereka ditembak mati oleh askar Israel sebagai balasan kepada lontaran batu oleh orang Palestin.
15. Orang Palestin tidak dibenar memanggil wilayah mereka sebagai Negara Palestin (Palestine State). Mereka hanya boleh mengguna perkataan Palestinian Authority (Pihak Berkuasa Palestin).
16. Semua ini dilakukan oleh Israel sebagai tindakan bagi mempertahankan sekuriti Israel. Di belakang Israel terdapat Amerika Syarikat dan negara Eropah.
17. Tidak ada siapa yang sanggup membantu orang Palestin. Mereka terpaksa bergantung kepada tindakan kecil-kecilan untuk mempertahankan diri mereka. Jika mereka menyerang sebagai balasan kepada serangan tentera Israel, maka Israel akan mengganas tanpa had. Apa sahaja boleh dilakukan oleh Israel kerana kononnya mereka mempertahankan keselamatan (security) mereka.
18. Apabila Anwar berkata “ia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel,” secara langsung ia menyokong keganasan yang tidak terhingga dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Israel kononnya untuk menjaga sekuriti Israel. Apakah orang Palestin tidak berhak kepada keselamatan mereka? Apakah mereka tidak boleh bertindak untuk mempertahankan diri mereka, tanpa serangan keganasan yang keterlaluan yang dilakukan oleh Israel.
19. Pendirian Anwar sebenarnya menghalalkan strategi Israel untuk “Out-terrorise the terrorists” atau membalas keganasan dengan melipat ganda keganasan untuk keselamatan Israel.
20. Anwar memberi amaran kepada sesiapa yang membuat komen terhadap kenyataan yang dibuat olehnya. Saya tidak syak yang ia akan mendakwa di mahkamah supaya mulut pengkritik ditutup sepanjang proses pengadilan. Sudah tentu masa yang amat panjang akan diambil dalam proses ini kerana Anwar akan bermula degan menuduh hakim berat sebelah dan perlu ditukar. Masa yang panjang akan berlalu sementara ditentukan berasas atau tidak tuduhannya.
21. Jika didapati oleh mahkamah yang didakwa oleh Anwar tidak bersalah maka ia akan buat rayuan kepada ‘Appeal Court’ atau Mahkamah Rayuan.
22. Jika Appeal Court bersetuju dengan hakim mahkamah tinggi, Anwar akan appeal kepada Federal Court.
23. Hampir lima tahun berlalu sebelum kes saman malu olehnya terhadap saya tamat. Sementara saya dituntut bayaran sebanyak RM100juta, apabila didapati saya tidak bersalah, saya dibayar kos sebanyak hanya RM70,000.00.
24. Tentulah Anwar akan lebih berani membuat tuntuan beratus juta kerana jika ia kalah maka kos baginya hanyalah sedikit.
25. Anwar mendakwa bahawa ia menyokong kebebasan bersuara tetapi apabila dikritik oleh sesiapa ia tidak ingin lihat kebebasan bersuara yang ia kononnya memperjuangkan. Justeru itu ia mengguna “sub judice” untuk menutup mulut pengkritik. Sudah tentu jika ia berkuasa kebebasan media akan dihapuskan.
26. Pada hakikatnya Anwar sokong penuh segala tindakan ganas yang keterlaluan yang dilakukan oleh Israel kerana Anwar sokong “all efforts to protect the security of Israel”.

Nuar bebas dari Tuduhan liwat.

3 comments
Apa maksud seksualiti merdeka ni? Apa yang ingin dimerdekakan ni? aku kurang faham la. adakah Malaysia dah nak jadi negara yang mengamalkan seks bebas dah ke? Merdeka dari segala hubungan seks antara jantina? Eh..letak kat mana akal yang dianugerahkan?

Mesti pakcik nuar berahim suka sangat kalo apa yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka ni berjaya. Tentunya dia akan bebas dengan serta merta dari tuduhan meliwat. KOMPEM!!! Semuanya gara-gara seksualiti merdeka.

Jangan salahkan kerajaan dan jangan salahkan sesiapa. Silalah salahkan diri sendiri kerana kita sebok berpolitik sana berpolitik sini. Hal agama pun kita politikkan. Sepatutnya politik di belakang agama Islam. Bukannya Islam itu perlu menurut dibelakang politik.

Apa dah nak jadi dengan manusia sekarang? Dah takdak akai kah?

jenis politician letak akai di kaki

0 comments
Salam dan selamat pagi semua.....


Masyarakat Malaysia berpolitik lebih menjurus kepada suasana  saling memfitnah dan saling mendedahkan aib lawan masing-masing. Saling tuduh menuduh, saling kata mengata, saling serang menyerang hal peribadi Senang-senang cerita, politik kotor. Tidak kira di pihak pembangkang mahupun kerajaan. Tidak kira sama ada secara halus mahupun terang-terangan.


Masyarakat Melayu kita di Malaysia berpolitik mengalahkan segala-galanya. Meletakkan politik lebih tinggi dari kewajiban-kewajiban yang lain malah ada yang sanggup berhabis wanag ringgit. Ke sana ke sini melalak di pentas ceramah. 


Mengapa mereka sanggup berbuat sedemikian? Sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan  budaya melayu yang sopan santun dan yang lebih menyedihkan, membelakangkan agama dalam mencapai apa yang diimpikan. Seolah-olah kemenangan politik di dunia adalah segala-galanya.


Aku memang CUKUP HAIRAN. Tak boleh lawan secara positif? Berpolitik secara bersih?



Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

2 comments


Kaum feminin cakap “susah j...adi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebu

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET